B.E.B.A.S.; Ulang Tayang

B.E.B.A.S. yang ku rindui...

Sejak beberapa waktu berlalu, minda tekun mengulang tayang beberapa sketsa nyata hidup aku yang dulu...

Sketsa penting yang meninggalkan kesan cukup bermakna dalam pendirian prinsip menjadi teras utama. 

Sketsa yang sepatutnya menjadi kisah pengalaman untuk langkah selanjutnya... Namun, pupus hingga putus dipertengahan jalan. 

Sketsa tentang seorang anak perempuan yang mahu mencipta jati diri yang mantap dalam agamanya dan membantu saudaranya dalam berjuang meraih Cinta Allah S.W.T. 

Malangnya, dia berhenti dipertengahan jalan dek sebuah rasa yang disalah tafsirkan hingga dibutakan. Ditambah dengan tekanan insan-insan terkasih disekitarnya. Akhirnya, prinsip dan cita-citanya itu mati dipersimpangan jalan buntuh. 

Hingga pada akhirnya, terkurung, terbelengu, terjunam, malah terjatuh semakin dalam di sumur kering yang sempit dan gelap... Dia hanya bergerak semaunya sahaja, mengikut kata hati berbaur nafsu dunia dengan menganggap ia adalah fitrah yang sewajarnya. (Sungguh buta!) 

Tayangan ulang sewaktu merasakan sezarah kemanisan iman dengan haru akan rasa syukur dari-Nya terus mengucang jiwa yang dahaga disetiap malam. Sungguh aku rindu nikmat itu... Nikmat sezarah yang mampu membuat hati penuh ketenangan dari kegusaran dan kekusutan dunia. 

Aku rindu...kebebasan itu... Sungguh! (Allah tolong aku! Seru hati dalam sendu)

Akhirnya Allah menghadirkan seseorang untuk menyentuh dan mencairkan semula hati yang beku ini dengan cara tidak terduga. 

Dia...
Seorang hamba Allah yang cukup sederhana dan jujur orangnya, inshaa Allah... ^^

Beliau hadir memperkenalkan dirinya sebagai pendosa dan pada waktu bersamaan memancarkan semangatnya untuk berhijrah, dan kembali untuk hanya berfokus mengejar cinta Allah S.W.T. Semangatnya itu menyentak alam bawa sedar sang hati yang lusuh ini. Menyalur kata-kata hikmat dengan menjawab banyak persoalan yang diberbuku selama ini. Siap dengan teguran-teguran tajam yang menikam kalbu akan kesalahan diri. "Allah, adakah teguran-Mu itu Engkau salurkan melalui dia?" Soal hati dengan esak haru...

Perkenalan yang bermula dengan istilah Terlajak Perahu bertukar kepada hubungan persahabatan sehati. Semoga kekal ke Jannah ya Bestie! (Haha)

Kini, dia menjadi sahabat baharu dalam berkongsi cerita, ilmu, canda, ilham, serta menjadi pendengar terbaik lengkap dengan sokongan kata-kata padu.. Alhamdulillah...💪 (Terima kasih Allah untuk hadiah terindah-Mu ^^💗)

Kehadirannya menyuntik jiwa kecil yang terbelengu sekian lama. Membuka sebuah tingkap kecil dihati untuk ditembusi cahaya-Nya. Ulang tayang masa lalu bermain riang dalam pentas imaginasinya, menghasilkan lakaran indah untuk masa depan yang B.E.B.A.S.

Kini, tekadku kembali bulat. 
Membenamkan sebuah harapan untuk kembali pulang ke jalan B.E.B.A.S. dalam menuntut Cinta-Nya. Cinta tanpa penghujung, tanpa batas dan tanpa kepalsuan. 

B: Bebaskan
E: Emosi
B: Berkelana
A: Atas 
S: Sejadah 

"Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia ini kerana cinta betul-betul membangkitkan jiwa sehingga aturan-aturan kemanusiaan dan gejala alam tidak bisa membelokkan haluannya"
-Kahlil Gibran-

Q.S. Al Baqarah ayat 165

وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

Artinya: Orang-orang yang beriman lebih kuat cintanya kepada Allah.

Q.S. Ali Imran ayat 31

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Artinya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dengan Lafaz Bismillah, gadis kecil itu kembali memimpin jasad kulainya memulakan sekali lagi langkah ke arah B.E.B.A.S. itu... Semoga Istiqomah terus dalam proses merawat dan mencantum semula kepingan yang pecah itu ya...


Spread Love, Peace ✌❤

Ms.ناو
Aku Seorang Penulis Bebas



Comments

Popular Posts