3 in 1

 Assalamualaikum Dunia~

Agak kekok memulakan penulisan sekali lagi, setelah disibukkan dengan urusan dunia yang penuh dengan macam-macam lika-liku perjalanan hidup hingga ke hari ini. (Hidup ini keras bestie! ahaha)

Mencuri ruang masa pejabat yang sedang senggang dengan kerja yang mula tenang. Alhamdulillah dapat bersua dengan blog yang lama sendu. Fuuh~ 2.0.2.4. Tahun yang menduga ku sangat-sangat berbanding tahun-tahun yang telah berlalu dengan paluan tersendiri. 

Tahun aku menghadapi kehilangan besar. Namun, pada masa yang tahun aku haru gembira dengan kehadiran makhluk comel dalam hidup aku serta status aku yang bertambah gelar. Tiga dalam satu momento yang memberi kesan mendalam dan tidak terlupakan. 

18 Jun 2024, pukul 01:00 am tepat hari kedua Raya Aidiladha bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Belum siap kisah tentangnya dalam nukilan ku. Masih dalam ruang draft tersimpan untuk ku habiskan. Kisah tentang perjalanan seorang bapa yang menjadi inspirasiku menempuh perjalananku sendiri. Andai istilah terlahir semula terjadi, aku mahu jadi anak perempuan bapa lagi ya... 

Masa untuk bapa rehat sudah tiba, bapa tidak perlu rasa sakit lagi pa... Alhamdulillah mudah sangat untuk perjalanan pulang bapa... Berat merelakan bapa pergi, tapi aku tahu bapa sudah penat dan butuh rehat yang panjang. Selamat pulang kampung bapaku, nanti kita jumpa dan berkumpul lagi ya... Terima kasih tanpa batas ku ucapkan atas semuanya (Sambil membayangi pelukan hangat bapa)

Yup! Done... Now another one...



09 Julai 2024, pukul 12.30 pm. 

Hi my little Sunflower! Selamat datang ke Bumi~ Zahra Zuleyha nama indah diberi. 

Seperti lirik lagu Banda Neira,

Yang patah tumbuh, yang hilang bergantiYang hancur lebur akan terobatiYang sia-sia akan jadi maknaYang terus berulang suatu saat hentiYang pernah jatuh 'kan berdiri lagiYang patah tumbuh, yang hilang berganti

Seperti itulah rasa hadirmu wahai anakku sayang... Penawar dan penyejuk kalbu ibu dan baba... Rara nama timanganmu. Alhamdulillah lahir dengan selamat cinta hati dengan proses pembedahan yang mendebarkan~ Akhirnya bertambah satu jawatan dengan gelar, IBU. 

Hidup perlu diteruskan, kembali mengingat Sang Pencipta... Alhamdulillah! (Fighting Nawa!)

Berat memang berat, dengan helahan nafas yang terbeban dengan senarai tugas tentang dunia untuk esoknya dan seterusnya~ Giat berfikir apa, mengapa serta bagaimana?? Fuh~ (Tired so well~ haha)

Secara menyeluruh, konsep hidup ini tentang diri kita (aku) dan Dia (Pencipta)... Tidak akan diuji diluar batas kudrat kita. 

Chayoo! & Welcome 2.0.2.5.

Spread Love, Peace ✌❤

Ms.ناو
Aku Seorang Penulis Bebas

Comments

Popular Posts